Cantik & Sihat

  • Home
    • Version 1
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.


Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.


Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.


Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.


Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.


Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hami mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.



SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.

Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.

Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

Menurut Pengerusi Persatuan Susu Ibu Hospital Pusrawi, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu.

Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
Beliau berkata, menurut kajian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif.


Apa kata Dr. Asmah Yun Mat Sidek

''Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

"Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

"Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka.

"Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus.

"Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.

"Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130903/ke_02/Manfaat-susu-ibu-sepanjang-hayat#ixzz2tF06cue0
© Utusan Melayu (M) Bhd 


makanan


Bayi anda sudah masuk usia enam bulan? Dalam usia ini, sudah tiba waktu untuk memperkenalkan makanan pejal kepadanya selain pemberian susu ibu masih diteruskan. Bersedialah untuk menyediakan makanan untuk si manja.


Adakah anda memilih untuk beli yang segera atau memasak sendiri? Sudah tentu anda mahu masak sendiri makanan pertama yang hendak dimakan oleh si kecil. Mulakan dengan makanan awal yang mudah dihadam seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran seperti labu, epal, pisang. Jika sudah makan makanan yang sedikit bertekstur, anda boleh cuba memberikan campuran oat, susu dan kurma yang dikisar atau bubur nasi dicampur lobak merah, bayam, ayam cincang yang dikisar.


Tip berikut mungkin dapat membantu anda dalam menyediakan bubur untuk anak kesayangan:


1. Guna susu ibu untuk masakan yang menggunakan campuran susu atau mencairkan bubur atau puri yang disediakan. Selain kandungan khasiatnya yang lebih baik, rasa susu ibu lebih dikenali dan mudah diterima oleh bayi.

2. Jangan gunakan gula atau garam dalam masakan untuk bayi. Ia boleh menyebabkan bayi tidak mengenal rasa semulajadi makanan pertamanya. Penggunaan gula hanya mengganggu pertumbuhan gigi bayi. Sebaiknya campurkan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk puri atau kisar untuk menambah perasa dalam bubur.


3. Banyak bersabar. Pengenalan awal kepada makanan bukan semua diterima oleh bayi. Jangan mudah berputus asa, jika bayi menolak makanan tertentu, ulang pemberian tersebut beberapa kali. Mungkin untuk kali pertama, bayi tidak biasa lagi dengan rasanya. Pengenalan yang tepat dan bertahap akan membantu mengurangkan kemungkinan anak menjadi pemilih makanan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua kawan-kawan yang sudi menyinggah ke Blog Comey saya ini..
Comey ke???
Heheheh....

Ding....Dong.....


AMARAN KERAS : HANYA YANG BERANI SAHUT CABARAN SAHAJA YANG LAYAK MEMBACA

PROMOSI BULANAN KEMBALI MENYENGAT ANDA!!!


FEBRUARI  2014
ⓋⒾⓉⒶ-ⓁⒺⒶ

BUY 6,  FREE  1,  FREE  MEMBERSHIP!





Kelebihan Vita-Lea Shaklee ada DI SINI












Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • ♛ KEKUASAAN SOLAT ♛
  • PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN VITAMIN C
  • ❤ ABANG... IZINKAN SAYANG BERNIAGA... ❤
  • KENAPA KITA PERLU MAKAN SUPLEMEN?
  • 5 PUNCA ANAK KURANG BERAT
  • DUIT
  • ~Salam Perkenalan...~
  • ✿ SET J2 - SET KEHAMILAN TRIMESTER KEDUA ✿
  • ❤ Tip Simpan Susu Ibu ❤
  • ❤ PELUANG JANA PENDAPATAN ❤

Categories

  • ✿ BAYI COMEL 2
  • ✿ KANAK-KANAK 2
  • ✿ SUSU IBU 1
  • ✿ VITAMIN C ✿ 1
  • ALFALFA COMPLEX 3
  • B-COMPLEX 1
  • COLLAGEN 2
  • CoQHEALTH PLUS 1
  • ESP 5
  • OMEGA GUARD 2
  • PENAPIS AIR SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER 2
  • SET BERSALIN LENGKAP 2
  • SET J1 - Kehamilan Trimester 1 1
  • SET J2 - Trimester Kehamilan Kedua 2
  • SET KESUBURAN SUAMI ISTERI 1
  • TIPS 1
  • VITA-LEA 2
  • VITAMIN E COMPLEX 1
  • VIVIX 4

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Akak

Foto saya
Nurul Mohd Pizan
Seorang isteri juga seorang ibu. Masih bekerja. Kini membuat income sampingan dengan Shaklee / De Xandra Perfume. Alhamdulillah dan InsyaAllah bakal WAHM suatu hari nanti. *********************** nurulamsyar12@gmail.com SMS/WhatApp/ : 013-223 0166 *********************** AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ►  2016 (7)
    • ►  September 2016 (7)
  • ▼  2014 (21)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Ogos 2014 (1)
    • ►  Julai 2014 (2)
    • ►  Jun 2014 (2)
    • ▼  Februari 2014 (4)
      • ☼ ELAK BAYI DAPAT ASMA ☼
      • ❤ Manfaat susu ibu sepanjang hayat ❤
      • ❀ Tip Sediakan Makanan Bayi ❀
      • ✺ PROMOSI FEBRUARI 2014 - VITA-LEA SHAKLEE ✺
    • ►  Januari 2014 (11)
  • ►  2013 (27)
    • ►  Disember 2013 (4)
    • ►  November 2013 (11)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (8)
    • ►  Ogos 2013 (1)
    • ►  Julai 2013 (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  Disember 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)

Copyright © Cantik & Sihat. Designed by OddThemes