Cantik & Sihat

  • Home
    • Version 1
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Kebanyakan kanak-kanak gemar makan buah strawberi. Rasanya yang masam manis lebih sedap jika dimakan dengan coklat cair, krim putar atau madu. Tetapi apa salahnya jika sesekali buat puding berperisa strawberi. Mudah dan ringkas disediakan bahkan sedap dimakan jika disejukkan.


Bahan-bahan:

• 25gm serbuk agar-agar
• 250ml susu cair
• 250ml air
• 5gm gula buah-buahan
• 100gm gula
• Hirisan buah strawberi | untuk hiasan


Cara menyediakannya:

1. Didihkan air bersama gula hingga hancur. Kacau rata.
2. Tuangkan susu cair.
3. Masukkan serbuk agar-agar, tutupkan api dan masukkan gula buah-buahan.
4. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan.


Biasanya apabila masuk trimester kedua kehamilan, bakal ibu semakin biasa dengan perubahan diri. Rasa tidak selesa semakin berkurangan. Ketika ini kebanyakan wanita hamil lebih bersemangat untuk menempuh tempoh kehamilan yang pasti menyeronokkan.


Trimester kedua bermula pada minggu ke-14 hingga 27 kehamilan. Ketika ini keluhan dan rasa tidak selesa akibat perubahan hormon tidak lagi kedengaran dari mulut bakal ibu. Ibu lebih memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.


Masuk trimester kedua, pergerakan bayi dalam kandungan semakin dirasakan. Inilah waktunya proses pengembangan tubuh yang sebenar terjadi. Semuanya semakin membesar dan melebar. Saiz perut makin membesar, pinggang ibu mula melebar dan ibu juga semakin kerap berpeluh.


Tanda-tanda regangan di perut mungkin semakin kelihatan jelas bagi sesetengah bakal ibu. Ada ibu hamil yang mengalami perubahan warna kulit menjadi agak coklat keperangan berbanding ketika tidak hamil.


Kekerapan membuang air kecil turut bertambah akibat tekanan uterus terhadap pundi kencing. Ibu perlu berhati-hati kerana keadaan ini mendedahkan pada risiko berkemungkinan mendapat jangkitan kuman.


Walaubagaimanapun, masih ada saat menyeronokkan yang mesti dinikmati oleh ibu hamil. Kini, rasa loya atau morning sickness sudah semakin berkurangan dan menghilang sedikit demi sedikit. Maka, ibu dapat menikmati saat kehamilan dengan lebih selesa.


Dalam trimester kedua juga, pengaliran darah ke seluruh badan ibu semakin baik. Bayi dalam kandungan juga semakin kuat dan stabil. Secara umumnya, trimester kedua merupakan saat ibu hamil menikmati fasa kehamilan dengan selesa, dan mendapatkan rehat secukupnya selepas menempuh trimester pertama yang kurang selesa dan sebelum masuk trimester ketiga yang mungkin meletihkan.


VITAMIN YANG SESUAI UNTUK TRIMESTER INI ADALAH SET J2


Berminat untuk mencuba produk ini boleh hubungi saya di;

Facebook     :Nur Mohd Pizan (untuk chating terus dengan saya)
http://www.facebook.com/TheBestOfVitamin
Email            :nurulamsyar12@gmail.com
Call              : 013-223 0166


Terima kasih kepada yang sudi menzirahi dan like page The Best Of Vitamin & mengamalkan pemakan yang sihat. Konsultasi hanya untuk customer saye sahaje k...



Rutin tidur menjadi sebahagian daripada tugas seorang bayi. Tidur berkualiti merangsang perkembangan positif tumbesaran bayi. Bayi pada usia bawah tiga bulan lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.


Posisi tidur seorang bayi memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka. Jangan bersikap sambil lewa berkenaan hal tidur si bayi kerana jika tersilap ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

Risiko kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sindrom Bayi Secara Mengejut (SIDS) boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Bayi normal memang boleh tidur dalam apa jua posisi tetapi posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan.


Tidur menelentang memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Bahkan posisi ini juga tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit terutama SIDS.


Dalam kedudukan ini, disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala tinggi sedikit daripada pertu. Ia bertujuan mengelakkan bayi daripada termuntah.


Bayi juga boleh ditidurkan dalam keadaan meniarap. Pastkan tilam yang digunakan tidak lembut. Letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Sekiranya dalam kedudukan ini , bayi boleh mengalihkan muka sendiri ke sisi sewaktu tidur, maka mereka bebas tidur dalam keadaan begitu.


Anda juga boleh menidurkan bayi secara mengiring tetapi penting untuk meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang suapay bayi tidak terlentang secara mengejut.


Bagaimanapun bagi ibu bapa yang memiliki anak tidak normal seperti pramatang atau sindrom down, posisi tidur menelentang tidak digalakkan. Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka lemah dan lembik. Tidur menelentang akan membuatkan mereka sesak nafas dan lidah serta rahang akan terjatuh ke belakang.


Oleh kerana bayi baru lahir tidur antara 16 hingga 18 jam sehari, mereka kerap terjaga apabila hendak menyusu atau menukar lampin. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menukar posisi tidur anak setiap dua jam sekali kerana bayi baru lahir sukar bergerak sendiri.


Sebaiknya tidurkan bayi di dalam katil yang berasingan untuk mengelakkan daripada risiko lemas kerana terhempap kaki atau tangan ibu ayah, bantal dan selimut yang banyak yang boleh menyebabkan mereka lemas dan sesak nafas.



Manfaat dan apa itu GET CLEAN WATER???
JOM kita lihat dan baca DI SINI


Jom Beli SEKARANG!!!

Berminat untuk mencuba produk ini boleh hubungi saya di;

Facebook : Nur Mohd Pizan (untuk chating terus dengan saya)
FanPage  : http://www.facebook.com/TheBestOfVitamin
Email : nurulamsyar12@gmail.com
Call / Whatsupp : 013-223 0166
Pasti anda biasa berhadapan dengan kerenah si kecil mengamuk apabila dikejutkan bangun dari tidur. Rasa masih mengantuk menyebabkan anak kecil mudah ‘naik angin’ apabila dikejutkan dari tidur.

Sesetengah ibu bapa kurang menyedari kepentingan tidur yang secukupnya kepada si kecil. Kanak-kanak berusia bawa enam tahun masih memerlukan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya sembilan jam sehari.


Jangan mengikut kehendak anak yang hendak menonton televisyen sehingga lewat malam atau asyik bermain game di tablet hingga sukar hendak berhenti. Tetapkan disiplin demi kesejahteraan dan perkembangan positif mereka.


Tidur yang cukup amat baik bagi perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Semasa waktu tidurlah, bayi dan kanak-kanak dapat berehat dan mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan pada waktu sebelumnya dan kembali bertenaga setelah bangun dari tidur.


Waktu tidur yang betul akan membantu mencergaskan otak dan tubuh badan anak-anak sebaliknya waktu tidur yang salah iaitu 'tidur lewat petang' tidak akan membantu bahkan menjadikan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak menjadi lemah.


Anak-anak hendaklah dimandikan terlebih dahulu selepas bangun dari tidur, di ikuti dengan minum pagi atau minum petang. Ini membantu mengembalikan semula kecergasan anak-anak.


Kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah seperti:

*Kurang selera makan.
*Penurunan berat badan.
*Kurang cergas.
*Suka merengek dan cepat mengamuk.
*Perkembangan otak menjadi perlahan.
*Kerap berkhayal.
Apa yang anda tahu mengenai B-Complex Shaklee?

Haaaaa... meh sini neman nk kabokan ye.. Sebelum tu neman nak bagitau pade kome perbezaan B-Complex Shaklee ni dengan b-complex yang lain-lain dipasaran ye.

PERBEZAAN SHAKLEE

Para saintis Shaklee telah mencipta acid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehan serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 kompenen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.  Kesemua 8 kompenen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-complex setiap hari.

Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.


MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE

✿ Menukar Makanan Kepada Tenaga
Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

✿ Melawan Tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekali gus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

✿ Membantu Tumbesaran
Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

✿ Rambut Beruban Dan Gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

✿ Baik Untuk Mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegak karatak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

✿ Mencegah Anemia
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistinuntuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

✿ Meredakan Senggugut
Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

✿ Mencegah Perlcche
Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

✿ Detoksifikasi
Meredakan alahan.


TIP MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemua perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).




Berminat untuk mencuba produk ini boleh hubungi saya di;

Facebook : Nur Mohd Pizan (untuk chating terus dengan saya)
FanPage  : http://www.facebook.com/TheBestOfVitamin
Email : nurulamsyar12@gmail.com
Call / Whatsupp : 013-223 0166

Sekali tgk macam jug air biasa je kan? Tetapi dia mampu menuras/menapis air sehingga 303liter air (80gelen) hebat bukan? Nama diberi Get Clean Water Pitcher Shaklee... Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Jimat kerana tidak memerlukan sebarang pemasangan kepada kuasa elektrik, air tidak perlu dimasak dan boleh dibawa ke mana-mana, ringan. 
Jadi anda tak perlu la nk isi air dalam botol2 air kalu nk travel... just bawa je jug ni...boleh tuang dalam gelas n nikmati air yg bersih dan sedap!
Tidakkah anda tahu? 
Air paip yang mengandungi klorin jika dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Tetapi, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung di dalam air tersebut. Malah, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu penyebab kenapa orang zaman  sekarang lebih mudah terkena kanser berbanding orang zaman dahulu. Hanya dengan Shaklee Get Clean Water Pitcher dapat membantu.
Dalam badan kita terdapat 2 jenis penapis bahan cemar yang tidak boleh ditukar ganti. Ia adalah hati dan buah pinggang. Kalau rosak nak di ganti memerlukan wang yang banyak dan prosesnya sangat menyakitkan. Kalau malas nak ambil tahu, sila lah ambil tahu pada orang-orang yang kita sayangi. Ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.
Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh di isi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. Air yang lebih bersih dan sihat atau pun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya.

Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher Tiada Tandingan

❥ Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
❥ Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
❥ Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
❥ Sistem Penuras Jag Air berblok Karbon Isian Semula yang pertama.

Kenapa Anda Perlu Memilih Penapis Air Shaklee Ini?

✔ Hanya beberapa sen bagi seliter air.
✔ Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak.
✔ Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah      dituras tidak memerlukan kuasa elektrik.
✔ Ringan dan mudah dibawa.
✔ Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak.

Keistimewaan Produk Shaklee

SELAMAT: Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain.
Penapis Air Shaklee Get Clean Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga di iktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Penapis Air Shaklee Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Penapis Air Shaklee Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

Memelihara alam sekitar

Penapis Air Shaklee Get Clean Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Jom kita lihat apa kata bagi yang telah menggunakannya..
TESTIMONI : Ku jatuh cinta!!!


Bagi yang berminat... Saya rasa sememangnya anda berminatkan?
Jom Beli SEKARANG!!!

Berminat untuk mencuba produk ini boleh hubungi saya di;

Facebook : Nur Mohd Pizan (untuk chating terus dengan saya)
FanPage  : http://www.facebook.com/TheBestOfVitamin
Email : nurulamsyar12@gmail.com
Call / Whatsupp : 013-223 0166
Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut!!!

APA ITU RESDUNG?



Istilah Perubatan Tradisional
☁ Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik 
☁ Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 



RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.


Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!



Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.



APAKAH SINUS ?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung. 


APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.


Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :


❢ Sinus maxilla
❢ Sinus ethmoid
❢ Sinus frontal
❢ Sinus sphneoid


APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis. 

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut. 

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan. 



Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur. 

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. 
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik. 


Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:


❢ Streptococcus
❢ Staphylococcus


Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung. 





GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)
☛ Hidung selalu tersumbat
☛ Lender dari hidung dan tekak
☛ Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
☛ Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
☛ Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
☛ Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya 

KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)

☛ Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
☛ Jangkitan otak
☛ Sakit tekak yang kronik
☛ Jangkitan tulang muka
☛ Menerukkan keadaan lelah
☛ Berdengkur secara kronik
☛ Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
☛ Alahan hidung
☛ Selsema biasa yang melarat


PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya 


ⓐ Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.


ⓑ Ketumbuhan atau polip pada hidung 

Dimana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.


ⓒ Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.


ⓓ Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)


❢ Akut
❢ Kronik


AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. 

Antara ciri-cirinya ialah :


✔ Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
✔ Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
✔ Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:


✔ Kegatalan pada bahagian muka yang teruk 
✔ Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. 
✔ Kerap bersin pada waktu pagi 
✔ Ada kalanya hidung tersumbat 
✔ Tanpa demam tetapi hingus bertambah 
✔ Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala 
✔ Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. 


INDIVIDU BERISIKO


✔ Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
✔ Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
✔ Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
✔ Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 


KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Pencegahan


✔ Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan 
✔ Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
✔ Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
✔ Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 

Penjagaan Diri


✔ Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam. 
✔ Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
✔ Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
✔ Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
✔ Berehatlah secukupnya. 
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan. 



Alahan

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. 

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan Anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. 

Penyebab 

• Tumbuh-tumbuhan. 
• Makanan. 
• Ubat-ubatan. 
• Debunga. 
• Sengatan lebah. 
• Gigitan. 

Alahan Rhinitis (demam alahan) 

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara. 

Tanda-tanda dan gejala

• Penghasilan mukus (lendir). 
• Gatal-gatal di : 
o Tekak 
o Hidung 
o Mulut 
o Mata 
o Kulit 
• Batuk. 
• Sakit kepala. 
• Hidung berair/Bersin. 
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi). 


Alahan terhadap makanan 
• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti: 
• Intolerans terhadap makanan. 
• Sindrom gangguan usus. 
• Tekanan fizikal. 
• Keracunan makanan. 

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat. 

Gejala

• Tekak terasa gatal. 
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian). 
• Sakit perut. 
• Loya. 
• Muntah. 
• Kekejangan otot perut. 
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit. 
• Gatal-gatal/urtikaria. 
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir. 
• Penyumbatan rongga hidung/hidung berair. 
• Sesak nafas/bunyi ronkus. 



Pengurusan sendiri

• Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda. 
• Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan. 
• Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain). 
• Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi Anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian. 
• Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi. 


Alahan terhadap ubat-ubatan 

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis. 

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini. 

Gejala

• Gatal-gatal. 
• Ruam kulit. 
• Gatal-gatal pada kulit atau mata. 
• Bunyi ronkus. 
Bibir membengkak. 
Gejala-gejala anafilaksis termasuklah: 
• Penyumbatan rongga hidung. 
• Sukar bernafas. 
• Batuk. 
• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku. 
• Pening. 
• Keliru. 
• Sakit/kekejangan otot abdomen. 
• Loya, muntah. 
• Cirit-birit. 



Alahan Konjunktivitis 

Alahan Konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata. 

Gejala

• Mata merah. 
• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera. 
• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar. 
• Keluar air mata. 
• Kelopak mata bengkak/sembab. 


Pengurusan sendiri 


• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin. 
• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan. 
• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan. 
• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda. 
• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda. 
• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya. 


Jerawat 

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. 

APAKAH YANG MENYEBABKAN JERAWAT? 

• Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat. 
• Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. 
• Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. 
• Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead). 
• Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam. 
• Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah. 

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU KULIT

• Gangguan hormon disebabkan oleh: 
o Tekanan psikologi. 
o Pra-haid. 
• Faktor persekitaran seperti: 
o Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak. 
o Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut. 
o Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng). 
o Pakaian yang kasar. 
• Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi). 

GEJALA

• Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain. 
• Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya). 
• Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan. 
• Radang di sekeliling tompokan pada kulit. 
• Tompokan pada kulit menjadi berkerak. 
• Kulit menjadi berparut. 
• Pigmentasi. 

PENGURUSAN SENDIRI 

• Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut. 
• Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka. 
• Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi). 
• Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari. 
• Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut. 
• Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/ menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka. 
• Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih. 
• Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati. 
• Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk. 
• Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 

KOMPLIKASI

1. Fizikal - parut yang kekal di muka. 
2. Psikologikal - gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial. 




Rawatan

✔ Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik. 
✔ Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana. 
✔ Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung. 
Pengurusan sendiri  

✔ Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara. 
✔ Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti 
✔ Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku. 
✔ Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk. 
✔ Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan. 
Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut. 

✔ Digalakkan mengambil suplemen ALFALFA COMPLEX, B-COMPLEX, VITAMIN C dari Shaklee


*** Dipetik dari blog Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D


Kenapa saya galakkan sangat dengan SET RESDUNG SHAKLEE??
The next page saya akan ceritakan ya.
Tungguuu....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • ♛ KEKUASAAN SOLAT ♛
  • PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN VITAMIN C
  • ❤ ABANG... IZINKAN SAYANG BERNIAGA... ❤
  • KENAPA KITA PERLU MAKAN SUPLEMEN?
  • 5 PUNCA ANAK KURANG BERAT
  • DUIT
  • ~Salam Perkenalan...~
  • ✿ SET J2 - SET KEHAMILAN TRIMESTER KEDUA ✿
  • ❤ Tip Simpan Susu Ibu ❤
  • ❤ PELUANG JANA PENDAPATAN ❤

Categories

  • ✿ BAYI COMEL 2
  • ✿ KANAK-KANAK 2
  • ✿ SUSU IBU 1
  • ✿ VITAMIN C ✿ 1
  • ALFALFA COMPLEX 3
  • B-COMPLEX 1
  • COLLAGEN 2
  • CoQHEALTH PLUS 1
  • ESP 5
  • OMEGA GUARD 2
  • PENAPIS AIR SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER 2
  • SET BERSALIN LENGKAP 2
  • SET J1 - Kehamilan Trimester 1 1
  • SET J2 - Trimester Kehamilan Kedua 2
  • SET KESUBURAN SUAMI ISTERI 1
  • TIPS 1
  • VITA-LEA 2
  • VITAMIN E COMPLEX 1
  • VIVIX 4

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Akak

Foto saya
Nurul Mohd Pizan
Seorang isteri juga seorang ibu. Masih bekerja. Kini membuat income sampingan dengan Shaklee / De Xandra Perfume. Alhamdulillah dan InsyaAllah bakal WAHM suatu hari nanti. *********************** nurulamsyar12@gmail.com SMS/WhatApp/ : 013-223 0166 *********************** AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ►  2016 (7)
    • ►  September 2016 (7)
  • ▼  2014 (21)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Ogos 2014 (1)
    • ►  Julai 2014 (2)
    • ►  Jun 2014 (2)
    • ►  Februari 2014 (4)
    • ▼  Januari 2014 (11)
      • ❀ Puding Strawberi Mudah Dimasak ❀
      • ❁ Trimester Ke-2 Proses Sesuaikan Diri ❁
      • ❤ Keselamatan Bayi Ketika Tidur ❤
      • ✿ Video Get Clean Water ✿
      • ☁ Mengamuk Tak Cukup Tidur ☁
      • ✱ B-COMPLEX SHAKLEE ✱
      • ✿✺ Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher Sha...
      • ♠ Resdung Boleh Membawa Maut?! ♠
      • ★⋆ PROMOSI JANUARI 2014 - ALFALFA COMPLEX SHAKLEE ⋆★
      • ❋ Keputihan Membawa Mudarat! ❋
      • ❋ ALFALFA COMPLEX SHAKLEE ❋
  • ►  2013 (27)
    • ►  Disember 2013 (4)
    • ►  November 2013 (11)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (8)
    • ►  Ogos 2013 (1)
    • ►  Julai 2013 (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  Disember 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)

Copyright © Cantik & Sihat. Designed by OddThemes