Cantik & Sihat

  • Home
    • Version 1
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Terkejut kelmarin sedang kami duduk Ta'lim. Bila keluar dari masjid sebuah motor ustaz saya dah takde. Motornya hilang. Cuma adiknya dan seorang lagi yang rapat tahu. Dia terkejut dan diam. Terus menerus solat sunat sebanyak 12 rakaat. Masa tu masing-masing solat dhuha ada yang 4, 6,8..tapi ustaz tu solat lebih lagi. Dia tak cerita dengan sesiapa pun pasal kehilangan motor tu. 


Semalam kami bagi-bagi kawasan untuk buat dakwah. 2 motor berdakwah ke satu kawasan 3 orang termasuk ustaz saya. Sedang bergerak ternampak motor tu ada ditepi parit.
 

Seorang ahli jemaah yang tahu bila nampak motor itu telah sujud syukur. Barulah semua tahu cerita sebenarnya. Subhanallah. Segala puji bagi Allah.
 

Ustaz tadi selalu menasihati orang lain setiap kali kita diuji beliau solat sunat 12 rakaat minta pada Allah. 
Allah pasti mudahkan semuanya. Solat dan terus solat minta pada Allah selagi masalah belum selesai.
 

Berilah masa untuk solat semata-mata kerana Allah. ALLAH janji pasti bukakan jalan keluar bagi segala musibah dan beri rezeki dari punca yang tak disangka-sangka.


Pernah seorang sahabat saya bawa jemaah berdakwah ke luar negara. Duit mereka tak cukup. Dia beri bekas uncang duit pada kaunter. Kira-kira duit tak cukup . Dia solat 2 rakaat dan minta kira uncang tadi semula. Orang kaunter dah marah. Sebab duit tak cukup lagi. Dia buat lagi 2 rakaat. Sampai 6 rakaat. last sekali ada seorang kaya yang tak dikenali langsung datang dan bayarkan tiket kesemuanya. Duit mereka dipulangkan oleh orang kaya tadi.
 

Pernah seorang isteri risau suaminya. Dia solat. Lepas tu solat. Takdir Allah suaminya mimpi isteri mati. Dia terus berubah. Dalam mimpi dia menangis rindu dan rasa bersalah pada isteri. Dia jerit kuat-kuat sampai putus asa kerana kehilangan dan banyak buat salah pada isteri..Tapi tak sempat minta maaf. Sekali terbangun rupanya mimpi. Ya Allah...dia terus minta maaf pada isterinya.


Orang Islam wajib berusaha sungguh dan memberi yang terbaik. Begitu juga solat dan doa dengan terbaik yakin pada Allah. Allah pasti mudahkan-ebit lew
 #PetikanBukuTangisanUmat
RESPON KEPADA 2 SITUASI...SIAPA CENDERUNG BERJAYA?


SITUASI 1..
Isteri : Abang sayang nak berniagalah...boleh tak sayang berniaga.. mcm nak cari duit tambahan utk kita....
Suami : Apa tak cukup duit kita selama ni..? awk bukan ada darah meniaga pun.. nanti rugi jer..saya yakin awk tu hangat2 tahi ayam jer... baik jaga anak-anak kita yang perlukan perhatian.. saya pun perlukan juga. Tak perlu fikir benda yang susah... saya tgk kawan2 saya meniaga ntah kemana... sanggup berhenti kerja tapi mcm tu lagi teruk adalah....

SITUASI 2..
Isteri : Abang sayang nak berniagalah...boleh tak sayang berniaga.. mcm nak cari duit tambahan utk kita....
Suami : Abg support aper yang sayang nak buat, tapi buat sampai abis.. Masa uruskan sebaiknya.. Doa , usaha & tawakal utk berjaya. Kalo nak berjaya dalam bidang sayang.. cari orang yang dah berjaya dan berkawan dengan mereka.. Kalo gagal sekali bukan bermaksud gagal tapi belum berjaya.. usaha lagi sehingga berjaya..Abg taknak dengar awk cakap malas, penat... sebab tu pilihan awk.. Abg doakan kejayaan milik awk.. Walaupun awk bukan darah berniaga.. tapi ALLAH takkan mengubah keadaan hambanya jika dier tidak berusaha utk mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri..


Dalam 2 situasi ini, siapakah yang akan lebih cenderung berjaya dan kenapa?...

Situasi 1
1. Pasangan tidak memberi sokongan
2. Pasangan percaya selepas melihat kegagalan kawan-kawan lain kerana percaya sebelum buat.
3. Pasangan menyalahkan keturunan
4. Awal-awl pasangan meletakkan kegagalan
5. Pasangan percaya kalo berjaya masa tiada.

Situasi 2
Sebaliknya...malah pasangan percaya dengan ayat Al qurah surah Ar-ra'd ayat 11 tentang nasib yg boleh diubah jika kita bangkit. Pasangan sangat percaya pada pengurusan masa yang baik... dan awl2 dah beri support yang luar biasa..
Untuk dapatkan pasangan kedua, jarang kita temukan.. mungkin juga bukan pasangan, mungkin juga ibu bapa.. kerana mereka mempunyai kepercayaan melalui pengalaman dan pemerhatian .. self belief.. jadi kebanyakkan dan ramai orang cenderung gagal pada sokongan utama.
Bayangkan situasi 1, si isteri tetap teruskan... wujud pula konsep REDHA suami & ibu bapa.. bagaimana kejayaan perlu dilakar tanpa keredhaan. Redha ALLAH pada suami & ibu bapa...
Berbalik kepada keturunan darah berniaga.. Kenapa orang yang berketurunan darah berniaga mudah berjaya.. bukan kerana "darah keturunan ".. tetapi kerana mereka percaya mereka dah berjaya dalam perniagaan tentu anak mereka juga boleh.. dan SOKONGAN kuat diberikan.. itu sahaja...

Mereka tidak tahu kenapa, apa, bagaimana dan aper yang dier dapat jika mereka restu.. dalam kata lain mereka tak tahu kenapa perlu beri sokongan.. dan mereka tidak salah, kerana mereka ada perasaan takut jika orang yang di sayang rugi atau teraniaya seperti kisah2 kegagalan yang di momok-momokkan.. So kita yang perlu clearkan critical thinking mereka tentang perniagaan. Kalo lah mereka tahu anda mudah berjaya dengan sokongan kuat.. mereka hanya switch bertukar jer menjadi suami isteri ibu bapa yang terbuka dan memberi peluang dan sokongan...

p/s : kepada para suami isteri ayah ibu, sokonglah keinginan yang kuat utk mereka berjaya.. jika gagal belum berjaya dan mereka sedang belajar.. sokong sehingga mereka berjaya..

"Life Is Simple But We Make It Harder.. "





Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Apa kata, jika kita bangun setiap pagi dan kita tahu kita tak payah susah hati tentang duit?

Bagaimana agaknya, bila kita bangun pagi-pagi dan kita tahu kita ada banyak masa untuk buat apa yang kita suka?
Apa agaknya akan jadi bila kita bangun setiap hari dan kita tak ada masalah hutang yang banyak, tak ada masalah keluarga, tak ada masalah di tempat kerja?

Boleh ke? BOLEH!

Hmmmmmmm.......




"Akakk.. nah.. Ibu bagi.."

Ok, tersentak kejap bila dapat Hokkaido cake dari si cilik comel kat opis ni.. Terima kasih adik.. Muahh!
Jom mamam kek dulu pastu fikir balik soklan kat atas tu k.. hehehe

Terkesima…Nanti sambung blog balik.. hahahah.. Penangan kek Hokkaido ni..
5 Mac 2016, genap setahun anak perempuan Nurul. So, kene cucuk la kan. Sampai klinik timbang 7.1kg. Masuk bilik dokter cakap “keciknye die..”
Kecik? Alahai dokter.. terus Nurul tanye kan dokter tu untuk kepastian status berat badan anak Nurul tu. Sebab sebelum-sebelum ni memang ramai dah yang bercakap pasal anak Nurul yang “kecik” tu. Sebagai ibu opkos la risau kan.. tapi rekod buku masih dalam lingkungan yang normal.
“Bahaya ke dokter? Macam mana nak bagi cepat besar?” Best tak soklan Nurul kat dokter.. Hahahaha..
“Takde ape ni, kecik tapi aktif. Jangan kecik, tapi tak aktif.. Haaa… itu ada problem..” Dokter jawab camtu.. Fuuhhh.. Terus pandang ke mata suami “fuhhhh lega..”
5 September 2016 genap anak perempuan Nurul 1 tahun 6 bulan. Keesokkan harinya, pergi la ke klinik untuk ambil suntikan 1 tahun 6 bulan. Bila timbang, berat anak Nurul 8.5 kg. Masih dalam lingkungan aras normal.
Makin cerdik, makin aktif dan makin-makin lagi. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Oh ya, kat bawah ni Nurul ada juga ibu yang ada masalah pasal berat anaknya. Jom kita baca dan jawapan bagi soalan tu ya.

Semoga bermanfaat ya.


Soalan
Anak perempuan saya berusia 16 bulan. Berat badannya baru mencecah 7.8 kg. Anak saya minum susu ibu sepenuhnya dan tidak mempunyai masalah pemakanan. Pendek kata semua menu makanan yang dihidangkan akan dimakan dengan habis.
Baru-baru ini doktor memberitahu anak saya mempunyai berat badan tidak sesuai dengan usianya. Mengikut graf, anak saya berada di garisan paling bawah dan hampir mencecah bayi  ‘underweight’.
Persoalannya apa yang perlu saya lakukan lagi untuk menaikkan berat badan anak?  Untuk pengetahuan doktor, anak saya lahir dengan berat 3kg pada usia kehamilan 37 minggu. Perlukah anak saya diberi suplemen? Adakah anak saya memang ‘underweight’ atau normal?
Jawapan

Kebanyakan kanak-kanak akan membesar dan menambahkan berat badan dengan cepat dalam beberapa tahun pertama kehidupan. Tetapi dalam beberapa kes, kanak-kanak tidak memenuhi standard pertumbuhan yang diharapkan mengikut graf tumbesaran masing-masing.

Pertumbuhan yang lemah biasanya menggambarkan kanak-kanak yang berat semasa, atau kadar pertambahan berat badan, adalah jauh di bawah yang diharapkan daripada kanak-kanak yang sama umur dan jantina yang sama.

Kegagalan pertumbuhan/tumbesaran bukanlah satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa kanak-kanak kekurangan zat makanan. Secara umum, kanak-kanak yang gagal untuk membesar mengikut graf masing-masing tidak menerima atau tidak boleh mengambil, menyimpan, atau menggunakan kalori yang akan membantu mereka membesar dan menambahkan berat badan.

Masalah ini perlu di kesan awal kerana pada tahun pertama kelahiran adalah satu masa penting dalam pembangunan fizikal dan mental. Pemakanan yang  tidak sihat  atau tidak mencukupi dalam tempoh ini mungkin mempunyai kesan pada perkembangan otak.

Diagnosis

Kebanyakan bayi melalui tempoh singkat di mana mereka akan kehilangan berat badan sedikit, kerana dijangkiti virus sama ada di salur pernafasan atau sistem penghadaman yang menyebabkan mereka kurang selera makan atau muntah-muntah dan cirit-birit. Ini bukan sesuatu yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, jika berat badan bayi turun selama tiga bulan berturut-turut pada tahun pertama kehidupan, dan keluar dari graf tumbesaran mereka, doktor biasanya menjadi prihatin.

Doktor menggunakan carta pertumbuhan standard untuk memplotkan berat badan, panjang/ketinggian, dan lilitan kepala, yang diukur pada setiap pemeriksaan kanak-kanak. Ukuran kanak-kanak yang mencecah garisan bawah daripada graf  memerlukan penilaian yang sempurna dari pakar perunding kanak-kanak.
Untuk memahami masalah anak anda, doktor akan meminta sejarah kesihatan kanak-kanak secara terperinci, termasuk sejarah pemakanan dan diet anak anda. Ini membantu doktor memahami masalah pemakanan anak anda.  Pakar pemakanan atau lain-lain profesional penjagaan kesihatan juga boleh terlibat dalam proses ini.

Doktor mungkin akan membuat ujian darah dan air kencing untuk memeriksa sebarang masalah perubatan. Jika satu penyakit tertentu disyaki, doktor mungkin membuat ujian lain untuk memeriksa keadaan itu.

Punca

Masalah ini adalah multifaktorial dan sering melibatkan masalah diet dan tingkah laku pemakanan kanak-kanak yang biasanya boleh diubah dengan nasihat dari pakar pemakanan atau doktor.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegagalan tumbesaran, termasuk:

1.    Pengambilan makanan yang tidak mencukupi

Kebanyakan kes adalah berpunca daripada masalah pengambilan makanan yang tidak mencukupi. Dalam beberapa kes, pengasuh tidak membancuh susu formula dengan betul, contohnya 2 oz susu tepung ditambahkan kepada 4 oz air. Ini menyebabkan bayi mendapat kalori yang kurang.
Masalah dengan peralihan kepada pepejal juga boleh menyebabkan bayi kekurangan kalori. Bayi yang baru belajar mengenali makanan pepejal mungkin tidak menyukai makanan tersebut pada percubaan pertama dan pengasuh telah melabelkan anak itu tidak menyukai makanan tersebut selama-lamanya dan seterusnya berlaku kepada makanan yang lain.
Percubaan makanan pepejal perlu diuji beberapa kali di hari yang berbeza sebelum melabelkan anak anda tidak menyukai makanan tersebut. Ibu bapa yang bimbang anak mereka akan mendapat lemak berlebihan boleh menyekat jumlah kalori yang diberikan kepada bayi mereka.
Kadang-kala pengasuh/ibu bapa tidak memberi perhatian yang cukup kepada isyarat kelaparan anak-anak mereka atau tidak mampu memberi makanan yang cukup untuk anak-anak mereka.

2.    Penyakit berterusan atau kronik

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pemakanan kerana pramatang atau bibir/lelangit sumbing, tidak boleh mengambil kalori yang cukup untuk menyokong pertumbuhan normal. Penyakit seperti autisme di mana mereka tidak suka memakan makanan dengan tekstur atau rasa tertentu menyebabkan proses pemakanan menjadi sukar.
Penyakit lain yang melibatkan jantung, paru-paru, sistem penghadaman atau sistem endokrin boleh meningkatkan jumlah kalori yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini akan menyukarkan kanak-kanak makan dengan cukup untuk bersaing dengan keperluan badan masing-masing.

3.    Intolerans makanan

Intolerans makanan adalah berbeza daripada alahan makanan, bermakna badan adalah sensitif kepada makanan tertentu. Sebagai contoh, intoleransi protein susu bermakna badan tidak dapat menyerap makanan yang mempunyai protein susu, seperti yogurt dan keju, yang boleh membawa kepada kegagalan untuk membesar.

4.    Jangkitan

Parasit, jangkitan saluran kencing (UTI), batuk kering, dan jangkitan lain boleh memaksa badan untuk menggunakan nutrien dengan cepat dan mengurangkan selera makan. Dalam jangka masa pendek atau panjang, ini boleh menyebabkan kegagalan tumbesaran.

5.    Gangguan metabolik

Gangguan metabolik adalah keadaan kesihatan yang menyukarkan badan untuk memproses, atau mengambil tenaga daripada makanan. Gangguan ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan atau muntah-muntah.

Rawatan

Kadang-kadang gabungan masalah kesihatan dan faktor-faktor alam sekitar membawa kepada kegagalan pertumbuhan anak anda.

Rawatan untuk kanak-kanak yang mempunyai pertumbuhan yang lemah bergantung kepada punca masalah masing-masing, sama ada masalah kesihatan atau masalah pemakanan.

Pemakanan adalah pemacu utama bagi pertumbuhan kanak-kanak dan ini sepatutnya menjadi tumpuan utama penilaian awal, walaupun sejarah yang teliti dan pemeriksaan untuk sebab-sebab lain yang berpotensi juga penting.

Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.



Pada kebiasaanya, Vitamin C lebih banyak digunakan bagi tujuan pencegahan penyakit. Tetapi tahukah anda, vitamin C juga dapat digunakan untuk merawat wajah dan kulit tubuh kita. Banyak sekali kebaikan dan manfaat  vitamin C untuk penjagaan kulit muka yang berkesan.
Pengambilan vitamin C selain menjadikan daya tahan tubuh lebih sihat, ia juga boleh menegangkankan kulit muka. Selain itu kandungan antioksida pada vitamin C berfungsi untuk menyembuhkan pelbagai luka . Mari kita lihat apakah kebaikan vitamin c dalam penjagaan kulit muka.


Mencerahkan Kulit

Vitamin C sangat sesuai diambil bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit muka. Untuk pengetahuan anda semua, vitamin C boleh digunakan untuk mencerahkan kulit muka. Vitamin C mengandungi asid arkobat yang menjadi bahan utama pembentukan kolagen . Kolagen inilah yang berfungsi untuk menyembuhkan luka dan juga untuk menghasilkan protein . Protein dapat membuat kulit muka kelihatan sihat , lebih anjal dan juga lebih cerah. Kebanyakan kosmetik pencerah kulit wajah juga mengandungi vitamin C.
Inilah kelebihan utama  vitamin C untuk penjagaan kulit muka, khususnya untuk kaum wanita yang menginginkankulit yang cantik dan cerah.


Menangkis Radikal Bebas 

Kebaikan vitamin C untuk penjagaan kulit muka seterusnya adalah berfungsi menangkis kehadiran radikal bebas . Kewujudan radikal bebas ini boleh membuatkan  kulit muka rosak , hitam dan paling bahaya boleh menyebabkan kanser kulit . Antioskidan dalam vitamin C inilah yang berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit muka. Seterusnya kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri .


Mencegah Penuaan 

Salah satu kebaikan vitamin C adalah untuk mencegah penuaan. Ini disebabkan oleh kolagen yang terdapat pada vitamin C. Kolagen bersifat water holder sehingga dapat memberikan kelembapan dan tidak akan membuat kulit muka menjadi kering. Kulit muka yang kering akan mudah menjadi kedut dan membosankan. Vitamin C juga boleh membantu menutup liang muka atau pori pori yang terbuka.


Menyembuhkan jerawat & Menghilangkan Parut Jerawat

Ini merupakan kebaikan dan manfaat vitamin C yang paling menarik untuk penjagaan kulit muka. Sesuai untuk anda yang ada masalah parut jerawat. Vitamin C boleh menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak. Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuhan luka . Kolagen akan menjadi salah satu komponen penting dalam proses penyembuhan luka termasuk luka bekas jerawat . Pengambilan vitamin C secara rutin dapat menyembuhkan jerawat di muka.


Jadi sesiapa yang ada jerawat atau pun parut jerawat bolehlah cuba Vitamin C Shaklee ni.
Ramai testimoni pengguna produk ini yang berjaya menghilangkan jerawat atau parut jerawat.






Dan sekarang ada promosi beli 7 botol pada harga 6 botol maka bertambah-tambahla jimatnya...Setiap sen yang kita laburkan untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri memanglah sangat berbaloi-baloi tau.

Tak yah fikir-fikir lagi kalau nak sihat dan cantik. Ni raya haji dah dekat sangat dah ni kan?

Anda rasa???



SID sah 891322
FanPage  : http://www.facebook.com/TheBestOfVitamin
Email : nurulamsyar12@gmail.com

Call / Whatsupp : 013-223 0166

Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • ♛ KEKUASAAN SOLAT ♛
  • PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN VITAMIN C
  • KENAPA KITA PERLU MAKAN SUPLEMEN?
  • ❤ ABANG... IZINKAN SAYANG BERNIAGA... ❤
  • 5 PUNCA ANAK KURANG BERAT
  • DUIT
  • ~Salam Perkenalan...~
  • ✿ SET J2 - SET KEHAMILAN TRIMESTER KEDUA ✿
  • ❤ Tip Simpan Susu Ibu ❤
  • ❤ PELUANG JANA PENDAPATAN ❤

Categories

  • ✿ BAYI COMEL 2
  • ✿ KANAK-KANAK 2
  • ✿ SUSU IBU 1
  • ✿ VITAMIN C ✿ 1
  • ALFALFA COMPLEX 3
  • B-COMPLEX 1
  • COLLAGEN 2
  • CoQHEALTH PLUS 1
  • ESP 5
  • OMEGA GUARD 2
  • PENAPIS AIR SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER 2
  • SET BERSALIN LENGKAP 2
  • SET J1 - Kehamilan Trimester 1 1
  • SET J2 - Trimester Kehamilan Kedua 2
  • SET KESUBURAN SUAMI ISTERI 1
  • TIPS 1
  • VITA-LEA 2
  • VITAMIN E COMPLEX 1
  • VIVIX 4

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Akak

Foto saya
Nurul Mohd Pizan
Seorang isteri juga seorang ibu. Masih bekerja. Kini membuat income sampingan dengan Shaklee / De Xandra Perfume. Alhamdulillah dan InsyaAllah bakal WAHM suatu hari nanti. *********************** nurulamsyar12@gmail.com SMS/WhatApp/ : 013-223 0166 *********************** AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Lihat profil lengkap saya

Catatan Yang Ditampilkan

♛ KEKUASAAN SOLAT ♛

Terkejut kelmarin sedang kami duduk Ta'lim. Bila keluar dari masjid sebuah motor ustaz saya dah takde. Motornya hilang. Cuma adikny...

Arkib Blog

  • ▼  2016 (7)
    • ▼  September 2016 (7)
      • ♛ KEKUASAAN SOLAT ♛
      • ❤ ABANG... IZINKAN SAYANG BERNIAGA... ❤
      • DUIT
      • 5 PUNCA ANAK KURANG BERAT
      • PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN VITAMIN C
      • KENAPA KITA PERLU MAKAN SUPLEMEN?
      • ESP.. I LOVE U..
  • ►  2014 (21)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Ogos 2014 (1)
    • ►  Julai 2014 (2)
    • ►  Jun 2014 (2)
    • ►  Februari 2014 (4)
    • ►  Januari 2014 (11)
  • ►  2013 (27)
    • ►  Disember 2013 (4)
    • ►  November 2013 (11)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (8)
    • ►  Ogos 2013 (1)
    • ►  Julai 2013 (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  Disember 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)

Copyright © Cantik & Sihat. Designed by OddThemes